Tuesday 6 September 2011

Kenduri Checklist

sekali lagi saya tiba dengan checklist saya (kenan sape tah duk layan checklist aje..). kali ini sesi checklist untuk menganjurkan kenduri yg tetamunya sekitar 50pax (boleh gak digunapakai untuk organize open house kot). ini sume adalah kerana saya menyokong usaha mama untuk mempelopori bidang katering.walaupun badan semakin berat (6 months preggy) tapi berkat nak tolong omak den tenaga dibekalkan tuhan agak mengagumkan. hasilnya, alhamdulilah tetamu menyatakan rasa sedap mereka hingga ada yang kata amik katering mana?? permulaan yg bgs untuk mama (plus me..hehe) untuk  menjadi bisneswoman yg berjaya..insyallah.dibahagikan kepada beberapa kategori dan ketetapannya adalah seperti berikut:

1. Menu
-perkara pertama yg harus disetkan kerana ianya akan mengambarkan keseluruhan kenduri anda
-untuk 50pax menu dicadangkan adalah sekitar 5 jenis (menu utama) yang merangkumi perkara berikut (amik contoh menu kami ritu):
a. masak lemak nenas udang ( 1 jenis gulai)
b. masak ayam merah ( 1 jenis lauk ayam. menu universal yg wajib ada terutama ble terdapat tetamu non-muslim.mana tau xajak tapi tersinggah plus kanak2 riang kalo namanya ayam jalan je)
c. ikan goreng ( 1 jenis masakan goreng)
d.ulam-ulaman (1 jenis sayur)
e. sambal belacan+ikan masin ( 1 jenis pembuka selera)
f. air panas+sejuk ( 2 jenis air)
g. buah-buahan (1 jenis pencuci mulut bentuk buah)
h. desert (1 jenis pencuci mulut bentuk manisan-ritu ktorg hidang kuih raya jek nk bg habis cepat)

*menu ini sesuai untuk makan tengahari dan malam.if u nak wat makan petang kene adjust skitla..masa penyediaan ini juga haruslah diambil kire.contoh if for dinner the preparation time should stop by asar if not u akan sakit jantung. processing time should start as early as 8 o'clock. pukul brp u nk terjun sume lauk dlm kuali terpulang janji asar siap.jgn sbb sibuk kenduri semayang sume merata2..

2. Serving Items
- mangkuk/pinggan plastik
-cawan plastik
-tisu
-sudu/garpu plastik
-plastik sampah
-bekas hidang lauk2 (jgn xckp lak kang kene cari daun pisang)

3. Tapau Item
-kategori ni selalu host lupe sbb sibuk sgt masak, tapi kte mesti sentiasa sediakan plan B mana tau lauk terlebih plak (jgn kurang malu noks...)
-iaitu plastik isi lauk yg kecil
-plastik besar untuk menghimpunkan semua lauk2 yg dlm plastik kecil
-dengan cara ini nampak gakla betapa organizenye tuan rumah

4. List Jemputan & Aturcara
-opss perkara ini harus duduk selepas menu sepatutnya
-sbb my mum suke lupe mende ni suke men agak2 jek brp yg nk dtg padahal rupenyer dia da ajak sekampung
-penting krn ia akan menentukan brp kuantiti brg basah yg perlu dibeli (pembaziran harus dielakkan okay!)
-aturcara adalah perkara ke3 penting lepas jemputan sbb memudahkan tetamu nak dtg.jgn kata dtg je pas maghrib tapi apa pun xsiap..jadilah host yg berhemah ok!pengisian kenduri yg jitu sgt dihargai tetamu jauh dekat yg dtg

5. Item ikut aturcara (xwajib)
-item ini seperti dimaksudkan adalah mengikut aturcara. so since kami organize kenduri for dinner aturcara kami begini:
6.00pm-ketibaan tetamu
7.00pm-tetamu bersiap untuk solat maghrib
7.30pm-bacaan yasin dimulakan
8.00pm-tahlil dan doa selamat
8.30pm-solat isyak
8.45pm-makan time!

so by the aturcara u can see wat u need can..a set of yassin dan sejadah harus ada secara berlebihan dirumah.if not kene roger tetamu bwk brg sndr..(i think kalo sume rumah ada set ni pon bgs,takan nk prepare time kenduri jek.kot2 dipanggil illahi, tade la cuak org yg ditinggal)

maka dengan itu, inilah checklist yg paling sesuai untuk kenduri setelah beberapa percubaan penganjuran dilakukan.harap menjadi pedoman sekalian umat yg membaca (walau xjadi follower). silap2 if i sediakan servis pakej ni ada org nak booking tak...siap sewa yassin n sejadah gitu.ahaks!doakan ek..amin


i made tis!



layout kenduri