Saturday 22 October 2011

Expecting Mummy

Today my asben pulang ke ipoh melihat my FIL yang warded suda hmpir seminggu.luckily today da discharged. sebagai kenderaan berat,maka saya tinggal sahaja di pondok kami untuk elakkan kesusahan xdiduga. sudah berat maka requirement diri meningkat. jadi dr susahkan org baek duk diam-diam kat umah. so bagi hilangkan kebosanan beberapa aktiviti telah dilakukan. antaranya doin my hero nyer laundry..sgt teruja melihat collection baju-bajunya dimana sgt tecik n tomei dan pelbagai design n citarasa. xsangka nak jadi mummy da (in 75 days lagi jek)..the long wait berbaloi.thanks to GOD..so tis is the pic untuk ditatap terutama untuk acu GORGEOUS nyer yg dikejauhan.harap auntie nti post hadiah yg best2 tuk iqy okay!



ibu suke barney,maka anaknye harus juga..ble gitu??

Tuesday 6 September 2011

Kenduri Checklist

sekali lagi saya tiba dengan checklist saya (kenan sape tah duk layan checklist aje..). kali ini sesi checklist untuk menganjurkan kenduri yg tetamunya sekitar 50pax (boleh gak digunapakai untuk organize open house kot). ini sume adalah kerana saya menyokong usaha mama untuk mempelopori bidang katering.walaupun badan semakin berat (6 months preggy) tapi berkat nak tolong omak den tenaga dibekalkan tuhan agak mengagumkan. hasilnya, alhamdulilah tetamu menyatakan rasa sedap mereka hingga ada yang kata amik katering mana?? permulaan yg bgs untuk mama (plus me..hehe) untuk  menjadi bisneswoman yg berjaya..insyallah.dibahagikan kepada beberapa kategori dan ketetapannya adalah seperti berikut:

1. Menu
-perkara pertama yg harus disetkan kerana ianya akan mengambarkan keseluruhan kenduri anda
-untuk 50pax menu dicadangkan adalah sekitar 5 jenis (menu utama) yang merangkumi perkara berikut (amik contoh menu kami ritu):
a. masak lemak nenas udang ( 1 jenis gulai)
b. masak ayam merah ( 1 jenis lauk ayam. menu universal yg wajib ada terutama ble terdapat tetamu non-muslim.mana tau xajak tapi tersinggah plus kanak2 riang kalo namanya ayam jalan je)
c. ikan goreng ( 1 jenis masakan goreng)
d.ulam-ulaman (1 jenis sayur)
e. sambal belacan+ikan masin ( 1 jenis pembuka selera)
f. air panas+sejuk ( 2 jenis air)
g. buah-buahan (1 jenis pencuci mulut bentuk buah)
h. desert (1 jenis pencuci mulut bentuk manisan-ritu ktorg hidang kuih raya jek nk bg habis cepat)

*menu ini sesuai untuk makan tengahari dan malam.if u nak wat makan petang kene adjust skitla..masa penyediaan ini juga haruslah diambil kire.contoh if for dinner the preparation time should stop by asar if not u akan sakit jantung. processing time should start as early as 8 o'clock. pukul brp u nk terjun sume lauk dlm kuali terpulang janji asar siap.jgn sbb sibuk kenduri semayang sume merata2..

2. Serving Items
- mangkuk/pinggan plastik
-cawan plastik
-tisu
-sudu/garpu plastik
-plastik sampah
-bekas hidang lauk2 (jgn xckp lak kang kene cari daun pisang)

3. Tapau Item
-kategori ni selalu host lupe sbb sibuk sgt masak, tapi kte mesti sentiasa sediakan plan B mana tau lauk terlebih plak (jgn kurang malu noks...)
-iaitu plastik isi lauk yg kecil
-plastik besar untuk menghimpunkan semua lauk2 yg dlm plastik kecil
-dengan cara ini nampak gakla betapa organizenye tuan rumah

4. List Jemputan & Aturcara
-opss perkara ini harus duduk selepas menu sepatutnya
-sbb my mum suke lupe mende ni suke men agak2 jek brp yg nk dtg padahal rupenyer dia da ajak sekampung
-penting krn ia akan menentukan brp kuantiti brg basah yg perlu dibeli (pembaziran harus dielakkan okay!)
-aturcara adalah perkara ke3 penting lepas jemputan sbb memudahkan tetamu nak dtg.jgn kata dtg je pas maghrib tapi apa pun xsiap..jadilah host yg berhemah ok!pengisian kenduri yg jitu sgt dihargai tetamu jauh dekat yg dtg

5. Item ikut aturcara (xwajib)
-item ini seperti dimaksudkan adalah mengikut aturcara. so since kami organize kenduri for dinner aturcara kami begini:
6.00pm-ketibaan tetamu
7.00pm-tetamu bersiap untuk solat maghrib
7.30pm-bacaan yasin dimulakan
8.00pm-tahlil dan doa selamat
8.30pm-solat isyak
8.45pm-makan time!

so by the aturcara u can see wat u need can..a set of yassin dan sejadah harus ada secara berlebihan dirumah.if not kene roger tetamu bwk brg sndr..(i think kalo sume rumah ada set ni pon bgs,takan nk prepare time kenduri jek.kot2 dipanggil illahi, tade la cuak org yg ditinggal)

maka dengan itu, inilah checklist yg paling sesuai untuk kenduri setelah beberapa percubaan penganjuran dilakukan.harap menjadi pedoman sekalian umat yg membaca (walau xjadi follower). silap2 if i sediakan servis pakej ni ada org nak booking tak...siap sewa yassin n sejadah gitu.ahaks!doakan ek..amin


i made tis!



layout kenduri

Friday 26 August 2011

List of Online Baby Store+Baby Shop

salam,

since i'hv put the baby checklist,maybe some r wondering where to get those stuff kan.so here r the list Online Baby Store+Baby Shop yang i pernah survey.

 1.Online Baby Store:
-nurmiababystore
-momslittleone*
-mypermatahati
-onebabyworld*
-chic chantique (its mine!)
*online store yg menarik

2.Baby Shop:
-kedai manjaku
-kedai kasih ibu
-kedai twins baby
*sume kedai berikut adalah area bangi

p/s:kesimpulannya survey yg jitu lg gigih perlu dilakukan kerana stpnya menawarkan harga dan keperluan yg berbeza2.inginkan yg terbaek haruslah berusaha...selamat beramal (mengimpikan untuk membuka a complete one stop centre baby n mummy shop!)

Monday 15 August 2011

Baby Checklist

hehe..itulah dia kata pepatah melayu hangat2 taik ayam.begitulah juge saya.baru kini berkunjung ke belog sendiri.sungguh banyak untuk diupdate sehingga lamanya peyot pon makin membuncit.yes, i'm 21 weeks preggy mommy.alhamdulilah rezeki tuhan akhirnya tiba jua..mengikut kata doc berkemungkinan 'bird' yang akan keluar.maka seperti ibu-ibu lain saya kini telah pon memulakan projek membeli-belah untuk sikecil ini(sangat tak sangka nak jadi omak da den..oh masa,begitu cepat kamu terbang!). preggy dibulan pose begitu mencabar sehingga suda terkantoi sehari semalam (cita-cita nak pecah rekod pose penuh..apakan daya),namun begitu,amat bersyukur kerana sikecil dapat menikmati bulan penuh rahmat ini dengan mengikuti ibu dan ayahnyer bersolat terawih dan melakukan pelbagai lagi perkara bagi mendapatkan keberkatan bulan ramadhan ini (if bulan pose belum tentu fokus ibu kepada perkara2 islamiah ini..alhamdulilah).okaylah..seperti tajuk tertera,saya sekali lagi menyenaraikan senarai semak bagi MTB seperti berikut: (sangat suke checklist!)

1.Hospital Checklist (MOM)
-buku pink,ic,phone
-baju/blouses,stokin,kain batik
-underware,tudung,toilettries,quran
-towel,maternity pad,selipar
-kamera,air selusuh,air zam-zam
-titbits,termos,beg plastik,sweater,
-sikat,breast pad,nursing bra

1.Hospital Checklist (BABY)
-diapers,baju,minyak telon
-baby wipes,towel,stokin & sarung tangan
-toilettries,bedung,barut,topi

2.Berpantang
-jamu,tungku,bengkung
-mak bidan (hehe..)

3.Baby Gear
-baju lengan pendek,panjang
-suar panjang,pendek
-romper,baby bip,sapu tangan

4.Diapering
-napkin,diapers,safety pin
-changing mat,nappy liner,berus lampin
-baldi untuk napkin,beg diapers,detergent laundry

5.Baby Care & Grooming
-bedak bayi,losyenmbaby oil
-sikat,cotton bud,nail clipper
-nasal aspirator,ubat cuci pusat (hosp. bagi ni)
-gripe water,termometer,vicks
-syringe for medicine

6.Nursering
-bedding set,play pen,toys
-kelambu,bakul baju kotor
-bakul baby gear,baby care

7.Feeding
-botol saiz s,puting susu,bottle sterilizer
-berus pembersih botol,penyepit botol,nipple cream
-nursing pad washable & disposable,breast pump

8.Travelling
-baby bottle warmer,carrier,bouncer
-stroller,car seat


*credit tu mypermatahati with tis list.hope will help MTB cam saya yg sentiasa tercari2 maklumat seperti ini.how i used tis list..is when i compare the price of each item to all the online store n store2 baby yang ada termasuk yg ada didalam mall (sape kata barang online sume murah/barang dimall sume mahal?)..maka selamat beramal ibu-ibu semua...

Monday 16 May 2011

Wedding Check List

Ehem,ehem..den maleh bona hari ni memandangkan opis sunyi sume nak g raya sok.haha..maka ilham datang lagi.kali ini untuk sicantik manis yg blom kawen k.akak kasik tips untuk membikin wedding list anda.list ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar..cewah mcm cite seram lak.hehe..may it will be a good guidance since mase saya kawen dlu gler skit checklist yg leh apply untk msian.omputihnyer bebagai..then list ini juga dedicatedkan kepada dara2 yg confirm akan menumpukan sepenuh perhatian dalam planning wedding mereka (takyah pki wedding planner dik noon membazir jek..akak ni plan dr putrajaya-ipoh,jadik jek..kan sissy).akak cr quot stp item sndr ok.nasib xcr smpi 3 quot.ala da terbiasa koje gomen hidop pon nak gomen.lalala...enjoy!

MAJLIS KHATAM

  • Kusyen Khatam
  • Back-drop
  • Rehal
  • Al-Quran
  • Baju Khatam
  • Make-up
  • Marhaban (10pax)
  • Khemah (2)
  • Jamuan (100pax)
  • Saguhati marhaban (20 pax) (Al-Quran,Beg Kertas,Sejadah Kecil/Tasbih)
  • Set Bunga Pahar
  • PA sistem (mini jek nak kasik sore ngaji tu lebih merdu..hehe)
MAJLIS AKAD NIKAH

*Dokumentasi
-part ni harus diberi penempuan penuh krn anda perlu betapa dgn staf pejabat agama daerah krn pelbagai kemusykilan akan timbul.maka ringan2 kan mulot.if da prepare bagai nak rak tgk2 borang xlengkap simpan sj cita2 itu.hehe..kene prepare form ni sume dlm 3bln sebelum tarikh nikah (nmpk mcm lama tapi i keja tok kadi je sebulan..yg lain2??hurm)
  • Borang kahwin
  • Borang HIV (kene wat test kat klinik kjaan k adik2)
  • Borang kebenaran kahwin
  • Borang wali
  • Borang saksi(2 pax)
Item-item lain
  • Kusyen Nikah
  • Back-drop
  • Baju Nikah (P/L)
  • Make-up
  • Cincin (P/L)
  • Tok Kadi
  • Saksi
  • Mas Kahwin
  • Khemah (2)
  • Jamuan (100)
  • Hiasan Bilik Tidur
  • Hiasan Hantaran (9/7) (ini ikut u nak berbalas brp la ek)
  • Barang Hantaran (9/7) (ini ikut u nak berbalas brp la ek)
  • Duit Hantaran (jgn lupe bwk mlm nikah k)


MAJLIS PERSANDINGAN

  • Dewan (adik2 haruslah ditempah setahun sblm pd sape yg berangan nak kawen kat dewan k,kalo xmimpi jela)
  • Pelamin
  • Baju Sanding (P/L)
  • Slaid Making
  • Kad
  • Make-up
  • Jamuan (1500)
  • Kerusi
  • Hiasan Meja/Kerusi
  • Kompang
  • P.A system/DJ
  • Gift
  • Lagu weds
  • Flower gurl
  • Bunga Korsaj
  • Jurugambar
FOC by Butik
  • Bunga Tangan
  • Pintu Gerbang
  • Red Carpet
  • Roman Pillar (10)
  • Bunga R.P (10)
  • Perenjis
  • Bunga Pahar
  • Cheor
  • Pintu Gerbang
MAJLIS POTONG KEK
  • harus ada kekla (ble mtk foc dr caterer)
  • baju potong kek (kalau majlis buat masa malam bukak hadiah)
 LAIN-LAIN
  • Baju Famili
  • Honeymoon
*credit to the angels (kengkawan sissy yg jadi bakul gurl i ritu..tetiba tingat lak.mungkin u olss leh jadi angels tuk aqiqah baby nanti..wah berangan.mereka slalu ada tiba2..tats what angels do.hehe)

Sunday 15 May 2011

Bila Saya Patut Kawen

Pada yang suda miang-miang keladi akan cakap bila-bila pon bole..tapi hakikatnya memang ada waktunya Bila Saya Patut Kawen. Kaedahnya suda pasti bergantung pada Bila Wang Anda Cukup..xpercaya??percayalah kerana ianya benar!tapi org kata duit takan pernah ckp jadi xkawen2 la..so tats when u need to read tis out loud..YOU NEED TO HAVE A PLAN.if you dont hv plan,so u're plan to fail..klise but it's reality.lucky me when my plan starts with my mum plan+God will.so with tat,this is how the plan work (tis plan only apply to who are in/plan to be in the govenmnt sector..ahaks):
1. the lucky age is 25th.why?
-u will finished ur degree at the age of 24.for me after graduated i only waited for 6month to be in a permanent post (alhamdulilah)
2. then wait until you hv work for 3 years.why?
-after 3years as a G off. u layak untuk keluarkan u punyer KWSP.huhu...tats when all the junior off. beraya okay!(but tis will be a raya when the money were collected since u pass ur SPM n start working ok guys..sape yg maleh sndr mau ingat.krn when u start working at the very young age,majikan akan start juga mencarum KWSP untk u..so duit SPM terkumpul+keje kjaan 3thn=lalala..atleast 10k..huhu)
-so btween tat 3years time mesti u ada kumpul duit gaji sndr kan.jadi KWSP+duit gaji (500/bulan x 3thn)
u da ada atleast 30k!more than enough..babe.u even (if u r lelaki kasik hantaran kt pmpuan 10k tau!like me..thanks bb) but tis 30k xtermasuk mkn k..dear.u blela pau fund PA&MA.lalala...mummy luv u!muahkss...pastikan couple u guna kaedah yg sama k

so guys tis plan really a plan if ur a good planner.seyes k..tu bujet i kawen dlu k.nowadays harusla meningkat lagi.jd pandai2la n selamat beramal.but for me.plan no.2 didnt applied bcoz of my mum plan no.3:

3. start saving using ASB LOAN.why?
-my mum who is such a brilliant mum (thanks God) hv buy me tis loan at the age of 19th (br daftar uni ms tu).at tat time xtau pun apa guna until nak kawenla.the total loan amount 75,000 where the monthly commintment is 500.during belajar my mum paid it.so calculate ur self.every end of year i got at least 5k as a bonus by taking the loan.so at the end of the day (nak kawen umo 25 kan) u get the same amount/more (coz ade bocor2 wer u terguna duit tu during blaja like me bli laptop n downpayment kete..how i wish i dunt used it at tat time..urggh) as u save 500/month ur salary (maknanya plan ini terpakai kalo u da sedar ms umur 19la..).tis loan ble diambil dimana bank.skang interest dia lg rendah k and i still enjoying tis bonus till now (hrpkan gomen tadela nok) each year.many people envy me ok!yela kalo hrpkan u all simpan sndr lalu ke nak pejam mata kasi 500 hlg je dr akaun.blom dpt gaji pon da pikir2 nak wt pe ngn duit tu usah kata nak simpan (ni ayat pesanan penaja my mummy..hehe)

all tis plan r adjustable to your age (bkn senang nak kawen k!).im just guiding on how to build the plan.i terpikir ni pon sbb memikirkan betapa sy xtau plan no.2 tu..masuk gomen mude2 la katakan,if not mesti riang ria lae majlis kawen i tau..ble kuar duit manyak nyah walau br keje.tapi apapun tetap bersyukur dengan apa yg da jd kalo x,xsiapla junior i kini...hehe.mommy to be at the age 27th,if not umo 29th kot br jd.alhamdulilah..syukur yek!

makanya xsusah nk hidop pon dlm dunia gomen ni krn hakikatnya individu itu sndr.seriusly talking bout saving many of my fwens dont hv saving even anak da sorg.zaman skang hrpkan duit gaji ble wt gaduh kot.savingla menyelamatkan segalanya.really appreciate it..mum!kecuali u all ade bisnes kencang.for me since i xguna duit KWSP tuk kawen, i plan to buy a house.and there's goes another plan....

Tuesday 19 April 2011

Loan Keliling Pinggang

bismillahirahmannirahim (membacanye sambil tenangkan diri)..so,hr ni adalah hari yg sy paling berpoya2 dalam sejarah kerana sampi opis leh blank xtau apa nak wat (akibat tgk punch card staff, sume pakat cuti,m.i.a dan etc..bos skang kene buli k) jadi sy watla karangan. karangan ini timbul dlm ketaktentuan otak lalu tiba2 terasa nak mengira duit-duit sekalian,perbelanjaan sekalian dan hutang-hutang sekalian. maka terbitla fakta bahawa rupenyer saya begitula byk wang dihabiskan kpd bende2 xberfaedah.hurm, sedih at the age of 27th sudah struggling to hidp..but actually it's start at the very beginning when saya masuk uni. yes,till now like the others i xhbs lg byr ptpttipu tu...jadi,now i bertekad anak i nanti kalo ble say NO to ptptn or any loan or kurang2 wt loan berhemah ala2 sspn.haha..mujurla kejaan (puji ah jap kan) menganjurkan kwsp maka selepas 3thn (iaitu kini) saya boleh mengenjoy wang itu. tapi hakikatnya tidaklah bole brape enjoy krn senarai perkara sperti diatas. tapi atleast tis month dpt ah byr bunga2 cinta ptptn yg makin mekar (memang selama ni dok byr bunga je ok!).agak2 nye ble la sebagai seorang manusia a.k.a penjawat awam ble hidop ngn selesa..hurm. so sume pengalaman hidup ni espesialy bahagian financial i hv a lot to share..seperti how to manage ur salary,manage ur wedding bujet n manage ur house loan,since loan umh pula bakal menjengah dlm list i (ahaks..pandai ckp pasal bujet tp sendiri kantoi but atleast i know kan??). formula ni telah terpakai buat miss sunkiss n moonlite sehingga beliau berkata...sissy, wer do my money gone all tis while??(sendiri jawab la kan..tol tak sissy?) hehe...

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja & Negara...etc.da cam kat perhimpunan skola da..the main thing is,focus on the title only.it's because satu kejadian telah berlaku kepada saya dimana saya telah MENGHILANGKAN cincin perkahwinan saya (ok..memang stupid HILANGKAN cincin kawen sendiri). saya sangka ianya benar-benar hilang kerana da berhari-hari mencarinya tapi tidak ketemua jua. siap berkomplot bagai dengan acik cleaner namun xberjaya.doa dipanjatkan dengan penuh kekusyukkan dimana ayatnya berbunyi begini..ANDAI KEMUNGKINAN ITU KETENTUANMU..MAKA MUNGKINKANLA KUKETEMU BARANG ITU (lebih kurangla ye..). dan takdir Allah, rupenyer barang itu telah lama dijumpai oleh suamiku (da berhari2 tanya dia xnak ngaku u olls..nk surprise gitu). legala rasa dihati,janji dengannya xwat lagi. btw i tambah satu cite lagi, my hubby gak pernah kehilangan wallet dipadang ketika bermain akibat dicuri org (gift masa cintan2 dulu). so sgt kiciwa i bgtau my mum (ketika itu berada di Mekah) n mintak dia doakan semoga ketemu wallet itu semula (walau xbyk duit dalamnya,tapi ic,bank card sume lae penting) maka satu hari (selepas lebih sebulan kot) a man called him bgtau jumpe his wallet. n the shocking thing is jumpe masa dia tengah mancing/menjala ikan. maka dalam sungai la dibuang agaknya wallet tu oleh sang pencuri. and muliala hati sipenjala ikan gigih mencari contact num untuk memaklumkan akan kejumpaan beliau (bayangkanla cmana dia godek2 wallet tu + ilham dr Allah, maka terjumpa num dan etc..). jadi sesungguhnya Allah Maha Besar!Allahhu Akbar!

Monday 18 April 2011

Weight Loss Vacation Location..do they really exist??

macam tertera diatas, adalah sangat kreatif manusia kini kerana begitu rajin memikirkan perkara hingga ke tahap itu.maka disini tanpa buang masa saya share kan link terbabit (moga pas ni malaysia akan terdapat lokasi seperti dimaksudkan..menarik kan!or just bring the idea to daddy instead.hurm??) the link:http://travel.yahoo.com/p-interests-39271147

Wednesday 13 April 2011

daughter,sista,worker,wife and MTB

the phrase above reflects my life in the sequence written.really hard jugling those title (br realize sat ni agaknye).sebab tiba2 terfikir have i dun well enough??yelah, others maybe tak consider how to fullfill those title but for me tats y u r here..in tis world!especially being a daughter..having a long distance relationship wif my family (daddy-n9,mom-jeddah,bro-cheras,sissy-sebelah pintu je nok..haha) really smtimes make me think if someday i lost them (after viewing oprah show tat talked bout family of 4 being killed by a maniac) akan menyesal kerna xjadi yg terbaik tuk mereka..hurm.tapi manusia xsempurnakan.mana mampu untuk menjadi perfect as yg diingini.wat eva it is i just pray to GOD tat someday they (who r around the above title) fill tat im complete their live (heaven kan kalo gitu). but anyway as MTB (mom to be), i wish tat my rezeki will come someday to hv the title.so much to say,so little time tat i hv,my hubby is on his way,so meet u olls next time (hehe..pantun omputih gitu).

*p/s:hope the coretan written do inspired u cause tak banyak yg dpt cahaya itu..lalala.selamat beramal!

Thursday 31 March 2011

Bile Saya Puas Bekerja

alhamdulilah penat lelah selama sebulan ini berbayar apabila event yang dirancangkan 'berjaya'.berbagai onak dan duri dilalui bagai ditusuk terus ke kalbu namun berkat hati yang tabah ketempuhi jua. sejujurnya event ini tidak mencapai sasaran sepenuhnya tapi kita hanya mampu merancang dan tuhan saje yang menentukannya.namun sumenyer terasa PUAS n BERBAYAR bile media coverage sangat superb ini kali.we all dapat centre page siap cover 2 pages of story lae gitu..mungkin itu berkat saya gigih mencari baju si media yang begitu 'teruja' kerana kehilangan kebajuannya.if its a yes..thanks to u guys.lav ya!hehe..(kalo nak tau jenoh gue berpeluh mencari plus bergurindam didalam hati melayan kerenah si media yg cumel itu..lalala).diharapkan event seterusnya mendapat keberkatan daripada IIlahi..amin!!

Monday 28 March 2011

Gardening like Martha Stewart

pagi ni saya cuti.jadi menjelajahla ke kawasan penanaman ataupun cumelnye my kitchen garden.hehe..selak punye selak tgk makin byk la pest yang riang gembira disana.terpikirla dikepala bagaimanakan cara untuk mengatasi.da guna racun pon tak lut.takan nak buh lagi.terpikirla untuk buat secara semulajadi.sambil berpikir sambil menegok tv.maka keluarla Martha Stewart dengan segmennya tanpa diduga Garden Remedies.walaaah..settle masalah (iaitu ade ulat2 putih berterbangan didaunan tanamanku).jadi disini saya share buku yang dicadangkan (makngah rupenyer guna sabun pon da ckp nak halau mende alah tu.xyah gigih g nurseri bagai k)..

The Truth About Garden Remedies: What Works, What Doesn't, and Why by Jeff Gillman. da search kat MPH online.rege RM53.00..selamat membaca!


cak!..rosemary disisi disebelah pokok owen tu..turut tidak serta bersama gambar adalah parsley and sage

*nak letak wishlist english herbs yg harus dibeli.takat ni da ada 3 jenis..lalala

Umrah List

alhamdullilah,harini sorg lagi sahabat (insyallah) suda menjejakkan kaki ke madinah. teringat ketika pertama kali menjejak kaki kesana dulu.hati tak keruan dari hari pertama mama ajak kesana, tapi sesampainya disana bagi disorong hati olehNYA. subhanallah kuasa ALLAH. tiada keraguan lagi. maka dengan itu, saya ingin juga share disini akan beberapa kelengkapan yang perlu ada (ikut pengalaman sendiri) untuk kesana. hampir lengkap rasanya kalo kita mengamalkan cara hidup yang samala. saya bahagikan keperluan ikut aktiviti yang akan dilakukan disana.

ziarah
1.jubah set ( tudung, inner baju + suar) (2 helai)
2.selipar / sandal (kaki berstokin k)
3.beg sandang set ( baby wipes+air+buku panduan solat sunat+buku doa harian+tasbih (beli kt sna je byk cntk2)+quran kecil/download didlm phone+shades+vaseline+bedak-cikitla+plastik simpan selipar)

umrah
1. jubah umrah set (2 helai) / telekung (2 helai)
2. selipar / sandal (kaki berstokin juge)
3. beg sandang set (buku panduan umrah+gunting+air+buku doa harian+buku panduan solat sunat+tasbih+quran kecil/download didlm phone+shades+plastik simpan selipar)

harian (maksudnya keperluan tidur/solat di masjid etc).
1.tshirt-5 helai
2.suar trek-5 helai
3.stokin-5 helai (beli sikit je kt msia sana pon byk)
4.baju kelawar-3 helai (i pki baju ni je g masjid nabawi tapi pakai stokin n sarung tanganla sbb sgt selesa
5.xyah bwk baju kurung sbb korg takan sempat iron pon
6.beg plastik sederhana besar bbrp helai tuk dijadikan bagai baldi disana wer u all akan rendam baju didalamnya. if needed bwk la berus skali.
7.hanger dalam 5 unit

*keperluan ni tuk pompuan tapi leh guna tuk laki gak coz i pon siapkan list yg sama tuk asben.edit ckit2 la

moral of the story xperlu gigih bwk beg stok smpi tuk 2mgg. i bwk tuk 5hari nyer set tapi beg agak besa to give space tuk isi goodies balik nti. xmo beg branak sbb tkt kene caj. jadi i siap membasuh bagai disana.tapi xperlula bwk sabun bsh sbb sna byk plus takan buih sabun kite disana dek krn airnye yg masin. so jgnla bwk bj yg berat materialnya.cotton plg sesuai krn selesa n cepat kering ble basuh sbb ringan.sidai baju didalam toilet disna insyallah basuh pas smyg subuh by isyak kering krn toilet dia sgt panas krn haba dari luar. hope tis will guide u all coz i wrote the same list to my other fren.

selain itu,kelengkapan rohani juge perlu dimana sekurangnya2 fasihla mengerjakan solat hajat,taubat,tahajud.plus since u r in long journey tahula juga solat dlm kenderaan/duduk, solat jamak n qasar.

satu lagi soalan org slalu tnya bape lama u nak wat umrah.jwpnye satu jam insyallah leh siap.kalo xramai orgla.jadi kene pandai adjust time.we all smpi sna test dua tigala waktu yg sesuai n conclusionnye adalah pas subuh n zohor sbb waktu panjang untuk ke waktu seterusnya. lg st pas zohor memang org malas kuar sbb panas jadi waktu tu org paling skit.tgk je terik masa zohor tu tapi kuasa tuhan ble da niat senang je sume.insyallah..

Saturday 19 March 2011

Cinta Pertama,Cinta Medina

Cinta pertama: kepada belog..ahaks.gler ketinggalan zaman.tapi sumenye jadi kerana Cinta Medina.kenapa Medina??kerana saya suda keSANA.ye kami telah menunaikan umrah.oleh kerana itu,ramai kengkawan yg mtk review on how to perform umrah.jadi sy pikir nape to share gak to the others,coz performing umrah is quite an experience n telling it to the others really and excitement to me!Subhanallah,bercakap mengenainya kini pon menambahkan kerinduan dihati ini (sbb dulu xcaya org kata kalo da g umrah mesti nak pg lagi).so guys, now have fun viewing my details.hope it could help uolls in any way..plus pas ni might be uolls akan hear many-many story of me disisi-sisi lain of me like all written in ABOUT ME!yeayh..